Komuniti CeriaChat.Net & MayaChat.Net
Terima Kasih Kerana Sama-sama Menceriakan Komuniti ini (,")
Komuniti CeriaChat.Net & MayaChat.Net
Terima Kasih Kerana Sama-sama Menceriakan Komuniti ini (,")
Komuniti CeriaChat.Net & MayaChat.Net
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Komuniti CeriaChat.Net & MayaChat.Net

Komuniti Maya Ceria 1 Malaysia
 
HomeHome  PortalPortal  Latest imagesLatest images  RegisterRegister  Log inLog in  

 

 Pelbagai Chicken Chop & Steak

Go down 
AuthorMessage
Admin
Sr.Admin
Sr.Admin



Posts : 59
Reputation : 0
Join date : 14/07/2009

Pelbagai Chicken Chop & Steak Empty
PostSubject: Pelbagai Chicken Chop & Steak   Pelbagai Chicken Chop & Steak EmptyFri Jul 24, 2009 3:25 pm

Chicken Chop Simple

Bahan-Bahan:

2 Paha Ayam debone(dibuang tulang}
2 Dada Ayam
3-4 Cawan Tepung Gandum(diayak)
2-3 nos Telur
LP / HP Sauce*pilihan
Sedikit Serbuk Lada Hitam/Garam

Cara:
Lumur Sedikit Serbuk Lada Hitam/Garam pada permukaan Ayam
Letakkan didalam satu tray kemudian masukkan tepung & telur sebiji demi sebiji*angarkan sampai menjadi sebatian yang elok*tidak cair dan tidak kering @gandum menjadi rata bersam telur dipermukaan ayam.

Cadangan Hidangan:

Goreng French Fries
Bersama Black Peppers Sauce*Hanya panaskankan Instant Bleck Pepper sauce letak cendawan/bawang besar.
Back to top Go down
https://ceriaportal.forumms.net
Admin
Sr.Admin
Sr.Admin



Posts : 59
Reputation : 0
Join date : 14/07/2009

Pelbagai Chicken Chop & Steak Empty
PostSubject: Chicken Chop Original   Pelbagai Chicken Chop & Steak EmptyFri Jul 24, 2009 5:08 pm

Bahan-Bahan:

seketul ayam (bahagian paha dan atasnya)
sebuku roti france (france bread)
sebiji telur
tepung gandum
sedikit garam
minyak
sos lada hitam

Cara:

france bread dijemur sehingga keras dan dikisar untuk dijadikan serbuk roti.
letak dalam sebuah bekas. ayam dibersihkan.Buang kulit dan tulang.Torehkan ayam sehinggan menjadi nipis dan lebar .ayam disapu sedikit garam dan ditampal dengan tepung.
pecahkan telur dalam mangkuk dan kacau.Celupkan ayam tadi dengan telur
ayam tadi kemudiannya dimasukkan kedalam bekas yang mengandungi serbuk roti tadi.
Letak serbuk roti diatas ayam dan tekan supaya padat.
Goreng dalam minyak yang banyak

Cadangan Hidangan:

Hidangkan bersama kentang goreng,salad dan sos black paper/ sos cili dan mayonis RM 12.60 sen sepinggan.

Tambahan:

Cara buang tulang ayam..
toreh ayam betul-betul diatas tulang ayam bermula dari atas paha hingga ke hujung paha. Bila dah nampak tulang, kikis2 dan potong mana patut sampai tulan tercabut dari isi sehingga bahagian lutut ayam. Biarkan lutut ayam itu bertulang dan ambil pisau besar potong tulang yang sudah tercabut dari isi
Back to top Go down
https://ceriaportal.forumms.net
Admin
Sr.Admin
Sr.Admin



Posts : 59
Reputation : 0
Join date : 14/07/2009

Pelbagai Chicken Chop & Steak Empty
PostSubject: Sirloin Steak   Pelbagai Chicken Chop & Steak EmptyFri Jul 24, 2009 5:17 pm

Bahan-Bahan:

500gm daging steak (sirloin)
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu kecil madu/gula
1 sudu besar sos plum Bahan Kisar
1 sudu kecil lada hitam
3 ulas bawang putih
2 ulas bawah merah
1 batang serai
1 inci halia

Cara:
Daging dipotong lebar setebal 1cm(1/2 inci). Cara terbaik beli saja kepingan sirloin steak yang telah siap dipotong. Gaulkan semua bahan yang disediakan dan perapkan empat atau lima jam.

Masukkan semua bahan ke dalam non stick pan dan tutupkan dengan tudung. Masaklah di atas api sederhana sehingga air kering dan daging lembut. Angkat daging dan sediakan bawang saute

Untuk bawang saute, goreng bawang dengan sedikit kicap dan renihkan beberapa minit. Angkat dan tuangkan ke atas steak

Tambahan:

resepi ini mungkin tidak detail, tapi berbaloi untuk dicuba.
Back to top Go down
https://ceriaportal.forumms.net
Admin
Sr.Admin
Sr.Admin



Posts : 59
Reputation : 0
Join date : 14/07/2009

Pelbagai Chicken Chop & Steak Empty
PostSubject: Black Pepper Steak   Pelbagai Chicken Chop & Steak EmptyFri Jul 24, 2009 5:22 pm

Bahan-Bahan:

Bahan untuk daging:
350 gram daging yang dipotong nipis<½ inci>
3 sudu kicap<xkesah masin / manis>
2 sudu black pepper<serbuk>
½ sudu kecil cuka/jus limau nipis/lemon

Cara :
campurkan bahan2 diatas dan gaulkan bersama
daging itu tadi. peram daging selama 10-15 minit.

Bahan untuk sos:
3 ½ sudu black pepper<kalau nk pedas boleh tmbah lagi>
1 keping cendawan kering<cincang halus>
garam<secukup rasa>
1 sudu jus lemon/limau nipis<lbih sedap pki lemon>
1 sudu air halia
2 sudu tepung jagung
1 cawan air putih
½ sudu kicap masin

Cara:
1)ambil 2 sudu mentega,cairkan atas kuali panas..
2)masukkan daging yang telah diperam tadi,
masak daging hingga betul2 masak
3)setelah daging masak,buat sos pula

Sos :

1)masukkan air
2)masukkan cendawan yang dicincang halus itu dan air/jus halia serta jus lemon
3)masukkan tepung jagung
4)letakkan garam secukupnya
5)masukkan juga kicap
6)seterusnya,masukkan black pepper

letakkan sos diatas daging itu tadi..

Cadangan Hidangan:
1)sebaiknya menggunakan jus lemon daripada jus limau nipis..untuk lebih sedap
2)cincang sehalus-halusnya <bentuk dadu>cendawan kering<warna hitam>.
Back to top Go down
https://ceriaportal.forumms.net
Admin
Sr.Admin
Sr.Admin



Posts : 59
Reputation : 0
Join date : 14/07/2009

Pelbagai Chicken Chop & Steak Empty
PostSubject: Beef Steak Peas Dan Daging   Pelbagai Chicken Chop & Steak EmptyFri Jul 24, 2009 5:24 pm

Bahan-Bahan:

bahan A:

daging (batang pinang) dihiris sederhana nipis (½ kg)
telur ayam 1 biji
tepung jagung 4 sudu besar
lada sulah
gula (2 sudu)
garam secukup rasa

bahan B:

minyak masa
bawang merah, bawang putih & halia (ditumbuk)
bawang besar (dihiris bulat)
cili merah (dihiris serong)
kacang peas hijau (1 tin kecil)
tomato 2 biji di belah 4
ubi kentang 2 biji di belah 6
kicap manis dan sos cili secukup rasa
air setengah cawan (lebihkan air sekiranya anda suka ianya berkuah)

Cara:

perap bahan A selama 1/2 jam
selepas itu gorengkan bahan A sehingga sederhana masak diangkat dan ditos.
gorengkan ubi kentang sehingga empuk, diangkat dan ditos.
tumiskan bawang dan halia yang ditumbuk dalam minyak yang sama (kurangkan minyak kepada anggaran 3 sudu).
setelah bahan menumis sederhana garing, masukkan kicap dan sos cili secukup rasa dan tambahkan air mengikut banyak kuah yg anda inginkan.
masukkan bahan A dan biarkan ianya mendidih.
masukkan ubi kentang yg telah digoreng bersama kacang peas (termasuk airnya)biarkan mendidih sekali lagi.
akhir sekali, masukkan buah tomato, cili hirisan dan bawang besar bersama garam secukup rasa (bahan ini jgn dibiarkan mendidih lama).
hidangkan panas-panas.

Cadangan Hidangan:

hidangan untuk 4 orang
Back to top Go down
https://ceriaportal.forumms.net
Sponsored content





Pelbagai Chicken Chop & Steak Empty
PostSubject: Re: Pelbagai Chicken Chop & Steak   Pelbagai Chicken Chop & Steak Empty

Back to top Go down
 
Pelbagai Chicken Chop & Steak
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Pelbagai Mee
» Pelbagai Kek
» Pelbagai Nasi
» Pelbagai Laksa
» Pelbagai Spagheti

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Komuniti CeriaChat.Net & MayaChat.Net :: ::: Resipi Ceria ::: :: ::: Masakan Barat :::-
Jump to: