Komuniti CeriaChat.Net & MayaChat.Net
Terima Kasih Kerana Sama-sama Menceriakan Komuniti ini (,")
Komuniti CeriaChat.Net & MayaChat.Net
Terima Kasih Kerana Sama-sama Menceriakan Komuniti ini (,")
Komuniti CeriaChat.Net & MayaChat.Net
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Komuniti CeriaChat.Net & MayaChat.Net

Komuniti Maya Ceria 1 Malaysia
 
HomeHome  PortalPortal  Latest imagesLatest images  RegisterRegister  Log inLog in  

 

 Pelbagai Nasi

Go down 
AuthorMessage
Admin
Sr.Admin
Sr.Admin



Posts : 59
Reputation : 0
Join date : 14/07/2009

Pelbagai Nasi Empty
PostSubject: Pelbagai Nasi   Pelbagai Nasi EmptyFri Jul 24, 2009 1:18 pm

Nasi Beriyani Johor

Bahan-Bahan:
8 cawan beras Basmathi
9 gelas air
1 cawan susu cair
1 camca besar rempah Beriani(gunakan rempah Beryani Sharifah)atau lain2 rempah Beriani.
½ cawan bawang goreng
½ tin kecil tomato puree
1 biji tomato (potong dadu kecil)
½ cawan daun pudina (kisar)
3 batang cili hijau
10 biji bawang kecil
10 biji bawang putih
2 inci halia
Sepokok daun ketumbar (potong 1")
Segenggam kismis/biji gajus (goreng)
Sedikit pewarna kuning telor
2 sudu makan minyak sapi
2 senduk minyak masak
garam secukup rasa
4 sudu makan gula
5 tangkai bunga lawang
5 biji buah pelaga
2 batang kayu manis
5 biji bunga cengkih
1 pokok daun saderi
1 pokok daun bawang

Cara:

1. Bawang kecil, bawang putih,daun pudina,lada hijau,halia di kisar denga 1 cawan air.

2. Bancuhkan rempah beryani kedalam bahan yang dimesin tadi.

3. Beras dicuci bersih dan direndam 10 minit.Kemudian toskan.

4. Panaskan minyak sapi dan minyak masak kedalam periuk, masukkan kayu manis,cengkeh,lawang dan pelaga diikuti dengan rempah yang telah dibancuh tadi.

5. Apabila telah naik baunya, masukkan air, susu,bawang goreng dan tomato puree. Tutup periuk.
Biarkan mendidih, didikuti dengan memasukkan beras.Kacau sebentar dan rasa garam gula secukup rasa.Biar kering dan kecilkan apinya( kalau menggunakan dapur gas). Alaskan dengan sehelai kain bersih di penutup periuk untuk mengelakkan wap keluar.

6. Selepas nasi masak, dibalik-balikkan nasi. Letakkan sedikit-sedikit pewarna kuning dicelah-celah nasi sambil mengacaunya (perlahan). Taburkan daun ketumbar,tomato,daun sup,bawang goreng dan buah gajus. Tutup semula lebih kurang 10 minit.

Cadangan Hidangan:

Hidangan untuk 15 orang.
Nasi yang dihidang ditaburkan dengan bawang goreng dan daun sup/bawang.
Back to top Go down
https://ceriaportal.forumms.net
 
Pelbagai Nasi
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» NASI JADIKAN BADAN KITA KEBAL?
» Pelbagai Mee
» Pelbagai Kek
» Pelbagai Laksa
» Pelbagai Spagheti

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Komuniti CeriaChat.Net & MayaChat.Net :: ::: Resipi Ceria ::: :: ::: Masakan Melayu :::-
Jump to: