Komuniti CeriaChat.Net & MayaChat.Net
Terima Kasih Kerana Sama-sama Menceriakan Komuniti ini (,")
Komuniti CeriaChat.Net & MayaChat.Net
Terima Kasih Kerana Sama-sama Menceriakan Komuniti ini (,")
Komuniti CeriaChat.Net & MayaChat.Net
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Komuniti CeriaChat.Net & MayaChat.Net

Komuniti Maya Ceria 1 Malaysia
 
HomeHome  PortalPortal  Latest imagesLatest images  RegisterRegister  Log inLog in  

 

 Pelbagai Laksa

Go down 
2 posters
AuthorMessage
Admin
Sr.Admin
Sr.Admin



Posts : 59
Reputation : 0
Join date : 14/07/2009

Pelbagai Laksa Empty
PostSubject: Pelbagai Laksa   Pelbagai Laksa EmptyFri Jul 24, 2009 1:23 pm

Laksa Penang

1 kg laksa (dicelur)
1 kg ikan kembung
2 batang bunga kantan
5 keping asam gelugur
10 biji cili padi
1 tangkai daun kesum
2 sudu besar otak udang
2 batang serai (diketuk) 4 liter air
1 biji timun (dihiris)
sedikit daun salad (dihiris)
2 biji bawang besar (dihiris)
2 sudu besar cili kisar
4 biji telur rebus
Garam secukup rasa

Cara:

Rebus ikan kembung hingga lembut.
Buangkan tulangnya & kisar isi ikan hingga halus.
Masukkan bawang besar, bunga kantan, serai, daun kesum, cili padi, cili kisar, asam gelugur, otak udang & air ke dalam periuk.
Biarkan mendidih selama 20 minit. Kemudian masukkan isi ikan, garam & masak lagi selama 10 minit. Masukkan laksa ke dalam mangkuk & tuangkan kuah panas hingga penuh, bubuhkan salad, timun & telur rebus.
Back to top Go down
https://ceriaportal.forumms.net
Admin
Sr.Admin
Sr.Admin



Posts : 59
Reputation : 0
Join date : 14/07/2009

Pelbagai Laksa Empty
PostSubject: Laksa Kelantan   Pelbagai Laksa EmptyFri Jul 24, 2009 1:26 pm

Bahan-Bahan

1 kg ikan kembung rebus
200 gm bawang merah
80 gm bawang putih
80 gm halia
80 gm cili padi
40 gm belacan 4 batang bunga kantan
4 ikat daun kesum
2 batang serai
3 keping asam keping
4 liter santan pekat
garam secukup rasa

Cara:

Panaskan minyak dan masukkan ikan kembung rebus yg telah ditumbuk lumat, bawang merah,bawang putih,halia,cili padi, belacan,bunga kantan,daun kesum, serai & asam keping serta air.
Kemudian setelah mendidih masukkan pula santan pekat.Gaul sebati& kacau sehingga pekat.
Back to top Go down
https://ceriaportal.forumms.net
Admin
Sr.Admin
Sr.Admin



Posts : 59
Reputation : 0
Join date : 14/07/2009

Pelbagai Laksa Empty
PostSubject: Laksa Perak   Pelbagai Laksa EmptyFri Jul 24, 2009 1:28 pm

Bahan-Bahan

1 kg ikan kembong atau tamban
10 keping asam keping
3 kuntum bunga kantan, seikat daun kesum
5 labu bawang besar
9 biji cili kering, belacan sebesar ibu jari 1 camca kecil gula, garam secukup rasa
2 biji timun (dihiris)
1 pokok daun salad (dihiris)
3 biji cili merah(dihiris)
1 labu bawang besar (dihiris)

Cara:

Ikan direbus bersama sedikit garam dan tiga keping asam keping.
Isinya dikisar hingga hancur dan campurkan dengan air.
Cili, bawang besar dan belacan dikisar hingga hancur dan masukkan ke dalam air ikan tadi.
masaklah hingga mendidih.
Bila sudah mendidih, masukkan daun kesum, bunga kantan dan asam keping.
Masaklah hingga pekat sedikit, masukkan gula dan garam secukup rasa.
Hidangkan bersama sayuran tadi.
Back to top Go down
https://ceriaportal.forumms.net
Admin
Sr.Admin
Sr.Admin



Posts : 59
Reputation : 0
Join date : 14/07/2009

Pelbagai Laksa Empty
PostSubject: Laksa Johor   Pelbagai Laksa EmptyFri Jul 24, 2009 1:29 pm

Bahan-Bahan

1 Paket Speageti
Belacan sebesar ibu jari
2 biji timun (dihiris)
2 kuntum bunga kantan (dihiris)
Seikat daun kesum
6 biji cili kering
Sedikit garam
2 pokok daun salad (dihiris)
¼ kg tauge
2 biji limau nipis

Bahan Kuah:-

6 ekor ikan kembung atau tenggiri(rebus dan tumbuk)
2 batang serai (dititik)
4 sm halia (ditumbuk)
6 sm lengkuas (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
4 ulas bawang merah atau 2 labu bawang besar (ditumbuk)
3 keping ika kurau kering(ditumbuk)
2 camca besar kerisik
2 biji kelapa atau 1 peket santan serbuk (ambil tiga cawan pati santan)

Cara:

Campurkan ikan yang telah dimesin ke dalam santan.
Tumiskan bahan yang telah ditumbuk hingga naik baunya.
Masukkan santan yang bercampur dengan ikan tadi.
Masak hingga mendidih baru diangkat.
Cili, belacan dan garam ditumbuk halus untuk dijadikan sambal. Hidangkan bersama sayuran yang telah dihiris tadi.
Back to top Go down
https://ceriaportal.forumms.net
Admin
Sr.Admin
Sr.Admin



Posts : 59
Reputation : 0
Join date : 14/07/2009

Pelbagai Laksa Empty
PostSubject: Laksa Terengganu   Pelbagai Laksa EmptyFri Jul 24, 2009 1:31 pm

Bahan-Bahan

½ kg laksa tepung beras
2 biji timun (dihiris)
2 pokok daun salad (dihiris)
2 kuntum bunga kantan (dihiris)
¼ kg tauge
Seikat daun kesum
2 biji limau nipis 10 ekor ikan kembung atau tamban (dibakar kemudian dibuang tulangnya lalu dikisar)
2 labu bawang besar (ditumbuk halus)
1 camca besar lada sulah
2 biji kelapa atau 1 peket santan serbuk (ambil lima cawan santan)
3 camca besar kerisik
4 camca besar gula pasir, garam secukup rasa

Cara:

Ikan yang telah dikisar, dicampurkan bersama santan.
Masukkan bawang, kerisik, gula, garam dan lada sulah.
Masak hingga menggelegak, kemudian angkat.
Hidangkan bersama sayur yang telah dihiris tadi.
Back to top Go down
https://ceriaportal.forumms.net
Admin
Sr.Admin
Sr.Admin



Posts : 59
Reputation : 0
Join date : 14/07/2009

Pelbagai Laksa Empty
PostSubject: Laksa Kari   Pelbagai Laksa EmptyFri Jul 24, 2009 1:33 pm

Bahan-Bahan:

Bahan A:

500 gm laksa basah (celur & toskan)

Bahan B:

(Bahan dibawah bersihkan & potong dadu)
300 gm ayam/daging
200 gm sotong
200 gm udang

Bahan C:

2 paket kecil rempah kari ayam/daging
(Bahan dibawah ditumbuk halus)
1 camb jintan manis
1 camb jintan putih
1 batang kayu manis
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
½ inci halia

Bahan D:

10 pcs tauhu pok
(Bahan dibawah bersihkan & potong dadu)
2 pcs tauhu putih
2 pcs fish cake
100 gm sawi hijau

Bahan E:

100 gm taugeh - bersih dan celurkan
(Bahan dibawah bersihkan & potong halus)
1 biji salad
1 biji timun
1 biji bawang besar
5 ulas cili besar

Lain-lain bahan:
1 biji kelapa (ambil 4 mangkuk santan dan asingkan perahan pertama).
1 cawan air asam jawa
2 pcs kiub ayam Knorr
1 senduk minyak masak
Garam secukup rasa

Cara:

Cara Menyediakan kuah:

Panaskan 1 senduk minyak dan tumiskan Bahan C dan masuk air asam jawa biarkan sehingga berbau wangi.
Kemudian masukkan Bahan B gaul dengan rata bahan A.
Biarkan dalam 5 minit dan masukkan santan.
Kemudian masuk garam secukup rasa dan kiub ayam knor.
Biarkan ia mendidih. Setelah mendidih masukkan Bahan D.
Biarkan 5 minit. Akhir sekali masukkan pati santan biarkan mendidih dan tutup api.

Menyediakan laksa:

Ambil laksa, tuangkan kuah laksa tadi dan letakkan bahan E

Tambahan:
Ia juga boleh ditambah dengan perahan limau nipis dan cili padi semasa menghidang.
Back to top Go down
https://ceriaportal.forumms.net
Admin
Sr.Admin
Sr.Admin



Posts : 59
Reputation : 0
Join date : 14/07/2009

Pelbagai Laksa Empty
PostSubject: Laksa Cina   Pelbagai Laksa EmptyFri Jul 24, 2009 1:34 pm

Bahan-Bahan:

½ ekor ayam
18 tangkai cili kering
5 ulas bawang merah atau 2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 batang serai
1 biji kelapa atau 1 peket santan serbuk
2 keping asam gelugur
2 kiub pati ayam 10 keping tauhu
½ kg laksa & ¼ kg tauge
6 biji limau kasturi atau limau nipis
Minyak secukupnya
10 keping tauhu
½ kg ketiau atau laksa & ¼ kg tauge
6 biji limau kasturi atau limau nipis (dibelah dua)
Minyak dan garam secukup rasa

Cara:

Ayam jangan dipotong, kemudian gaulkan dengan garam, kukuslah hingga masak.
Air kukusan hendaklah disimpan.
Perah santan dengan 2 gelas air.
Kisar cili bersama bawang putih dan bawang merah atau bawang besar.
Panaskan minyak, tumis cili hingga garing kemudian masukkan garam.
Ambil tiga camca besar dan ketepikan untuk hidangkan bersama laksa nanti.
Tuangkan santan ke dalam lebihan cili tadi.
Masukkan serai yang telah dititik, air kukusan ayam, kiub ayam, tauhu, asam gelugur dan garam. Sementara menunggu kuah masak, celurkan tauge sebentar.
Hidangkan bersama tauge, ayam yang telah disiat, limau nipis dan sambal.
Back to top Go down
https://ceriaportal.forumms.net
Admin
Sr.Admin
Sr.Admin



Posts : 59
Reputation : 0
Join date : 14/07/2009

Pelbagai Laksa Empty
PostSubject: Laksa Sarawak   Pelbagai Laksa EmptyFri Jul 24, 2009 1:40 pm

Bahan-Bahan

BAHAN A

Perencah laksa Sarawak (Terdapat di Sarawak)
1 bungkus bee hoon (direbus)
3 sudu serbuk kari ayam/daging
10 biji limau kasturi (dibelah dua)1 bungkus 'fish cake' (dihiris nipis)
Air
Minyak masak
Garam dan ajinomoto secukup rasa

BAHAN B

5 keping tauhu (digoreng dan dihiris nipis/dadu)
1 mangkuk besar taugeh (ditanak)
3 telur ayam (dipukul, goreng, dan hiris nipis)
Bawang goreng
Ayam (ambil isi, rebus, dan hiris nipis)

BAHAN C (Sambal)

10 tangkai cili merah (dikisar)
3 biji bawang merah (dikisar)
Seulas bawang putih (dikisar)
Segenggam udang kering (dikisar)

Cara:

1. Panaskan minyak, tumiskan perencah laksa Sarawak hingga naik bau.
2. Tambahkan air (untuk kuah) dan gaul hingga sebati.
3. Masukkan serbuk kari. Jika mahu kuah lebih pedas, masukkan lebih banyak serbuh kari.
4. Masukkan 'fish cake' yang telah dihiris nipis.
5. Tambahkan bahan perasa.
6. Ambil semangkuk bihun (untuk seorang) dan tuangkan kuah ke dalam mangkuk tersebut.
7. Ambil sedikit BAHAN B dan taburkan ke atas bihun.
8. Perahkan limau kasturi.
9. Jika suka makan pedas, ambil sedikit BAHAN C dan gaulkan bersama bihun tersebut.

Cadangan Hidangan:
Selain menggunakan isi ayam yang telah dihiris nipis, anda juga boleh menggoreng ketulan ayam sebelum menumis perencah laksa Sarawak dan masakkan sekali di dalam kuah laksa.
Back to top Go down
https://ceriaportal.forumms.net
|nDa
Sr.Admin
Sr.Admin
|nDa


Gender : Female Leo Posts : 15
Reputation : 0
Birthday : 03/08/1984
Join date : 16/07/2009
Age : 40
Location : Pahang

Pelbagai Laksa Empty
PostSubject: Laksa Terengganu   Pelbagai Laksa EmptyWed Jul 29, 2009 11:38 am

Salam..
ni resepi laksa terengganu yang biasa saya buat..
kalau rakan-rakan yang biasa rasa mesti nak lagi..

KUAH
1) Cili Kering dalam 10 biji (kalau nak pedas boleh lebih)
2) Ikan selayang 10 ekor - rebus dulu ambil isinya
3) Belacan
4) Garam
5) rempah terenganu
6) Bawang besar (2 labu)
7) Asam keping
Cool santan kelapa
9) Udang kering
10) halia
11) lengkuah

caranya:
Didihkan santan kelapa (yg pekat last skali yer). Masukan bawang 1 1/2 labu + lengkuah + halia yg di blender tunggu hingga mendidih. Lepas tuh masukan isi ikan selayang + udang kering yg telah di blender dan tunggu sehingga mendidih jugek yer kekawan Laughing . Bancuhkan rempah terengganu dgn air 2 sudu besar + belacan secubis jgn lupa tgg sehingga mendidih jugek yer. Pastu campak jer asam keping dalam periuk masak sampai mendidih. Masukkan air rebusan ikan tadi kedalam periuk dan tunggu sehingga mendidih. Last sekali baru masuk santan kelapa + bahan yg ditumis. MasukAN garam, ajinamoto dan gula sikit. Rasa dulu sedap ke idak..Resepi ni saya dapat dari MAK MERTUAKU..orang terengganu nyer laksa kuah.. dijamin tak sakit perut nyer..

bahan yg perlu ditumis:
cili kering direbus/rendam blender + bawang yg di mayang 1/2 labu. (bahan ini perlu di masukan selepas santan pekat )



LAKSA & BAHAN2 LAIN
1) Laksa - beli jer kat kedai (cam laksa penang tuh)
2) kacang panjang
3) Daun kadok
4) Timun
5) ulam raja

caranya;
Potong timun, daun kadok, kacang panjang dan ulam raja... tada...bleh dimakan..

kalau dah try jangan lupa bagi sikit.. nak rasa dulu..huahuahuahua
slamat mencuba.....
Back to top Go down
http://jelita2u.blogspot.com
Sponsored content





Pelbagai Laksa Empty
PostSubject: Re: Pelbagai Laksa   Pelbagai Laksa Empty

Back to top Go down
 
Pelbagai Laksa
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Pelbagai Mee
» Pelbagai Kek
» Pelbagai Spagheti
» Pelbagai Nasi
» Pelbagai Roti & Kuah

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Komuniti CeriaChat.Net & MayaChat.Net :: ::: Resipi Ceria ::: :: ::: Masakan Melayu :::-
Jump to: