Komuniti CeriaChat.Net & MayaChat.Net
Terima Kasih Kerana Sama-sama Menceriakan Komuniti ini (,")
Komuniti CeriaChat.Net & MayaChat.Net
Terima Kasih Kerana Sama-sama Menceriakan Komuniti ini (,")
Komuniti CeriaChat.Net & MayaChat.Net
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Komuniti CeriaChat.Net & MayaChat.Net

Komuniti Maya Ceria 1 Malaysia
 
HomeHome  PortalPortal  Latest imagesLatest images  RegisterRegister  Log inLog in  

 

 KESUSAHAN HIDUP SEBAGAI MOTIVASI DIRI

Go down 
AuthorMessage
alongz
Jr. Admin
Jr. Admin



Gender : Male Virgo Posts : 4
Reputation : 0
Birthday : 09/09/1980
Join date : 25/07/2009
Age : 44

KESUSAHAN HIDUP SEBAGAI MOTIVASI DIRI Empty
PostSubject: KESUSAHAN HIDUP SEBAGAI MOTIVASI DIRI   KESUSAHAN HIDUP SEBAGAI MOTIVASI DIRI EmptyFri Aug 28, 2009 12:48 pm

Peluang belajar di universiti adalah peluang untuk Anda mencipta kebagusan diri. Bila Anda cemerlang di universiti, tak mustahil bila kerja nanti Anda dapat tawaran kerja tetap yang baik, mantap gajinya. Hidup Anda akan jadi terjamin.

Namun ada juga student yang tersilap ketika belajar di universiti. Dia tak mencipta kebagusan diri, tapi mengarah kepada kehancuran diri.

Aik, cemana pulak tu? Misalnya, bercinta kemain, sampai pelajaran terabai. Ada pula yang dah tak ambik kisah dengan pelajaran, janji enjoy all the time. Last-last bila nak cari kerja, tak dapat kerja yang bagus sebab result tak bagus. Akhirnya hidup menjadi agak susah.

Bagi Anda yang tersilap macam contoh di atas, usah kesali kesilapan itu. Anggaplah ia sebagai kenangan lama yang sudah tidak memberi kesan satu apa pada Anda. Hal lalu tak guna diingat lagi. Tak penting.

Yang penting adalah masa sekarang dan masa depan. Jadikan kesusahan hidup sebagai motivasi diri untuk Anda rajin mencari rezeki, membina kehidupan, membina harta dan aset-aset kemudian membina masa depan gemilang. Moga bila masuk umur 50 tahun nanti, Anda sudah tidak bekerja lagi kerana sibuk menikmati kebahagiaan hidup!

Gagal dalam akademik bukan alasan untuk Anda berusaha kuat untuk berjaya dalam kerjaya, perniagaan dan kewangan. Ramai orang berjaya, adalah orang yang gagal dalam pelajaran di sekolah. Mereka muncul jadi orang berjaya kerana mereka rajin mencari rezeki, membina kehidupan dan membina masa depan gemilang.

Bagaimana mereka melakukannya? Mereka gigih mencari ilmu, mereka tahu apa yang mereka mahu dan mereka tak berhenti berusha selagi tak mencapai apa yang mereka mahu.

Kesusahan hidup membentuk mereka menjadi orang yang kuat berdepan cabaran, kesengsaraan dan permasalahan. Andai kata Anda sekarang ni rasa diri Anda orang susah atau susah dari segi kewangan, usah pandang ke belakang. Pandang jauh ke depan.

Usah selalu fikirkan kesusahan hidup. Fikiranlah selalu kesenangan hidup. Fikirkan bagaimana nak membina kesenangan hidup dan bagaimana Anda boleh menikmati kesenangan hidup beberapa tahun akan datang.

Itu lebih baik dari asyik meratapi kesusahan hidup. Meratapi sesuatu akan menghalang Anda dari kuat berusaha. Tapi, mengingati sesuatu atau memikirkan sesuatu akan membuat Anda rajin berusaha.

Ingatlah matlamat Anda mahu senang, mahu berjaya satu hari nanti supaya Anda terdorong untuk terus kuat berusaha.
Moga kejayaan menjadi milik kita satu hari nanti. jangan mengalah, jangan berhenti berusaha.


Last edited by alongz on Sat Nov 07, 2009 8:26 pm; edited 1 time in total (Reason for editing : not clear)
Back to top Go down
 
KESUSAHAN HIDUP SEBAGAI MOTIVASI DIRI
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Memperkenalkan Diri

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Komuniti CeriaChat.Net & MayaChat.Net :: ::: Kaunseling & Permasalahan Hati ::: :: ::: Motivasi Pelajar :::-
Jump to: