Komuniti CeriaChat.Net & MayaChat.Net
Terima Kasih Kerana Sama-sama Menceriakan Komuniti ini (,")
Komuniti CeriaChat.Net & MayaChat.Net
Terima Kasih Kerana Sama-sama Menceriakan Komuniti ini (,")
Komuniti CeriaChat.Net & MayaChat.Net
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Komuniti CeriaChat.Net & MayaChat.Net

Komuniti Maya Ceria 1 Malaysia
 
HomeHome  PortalPortal  Latest imagesLatest images  RegisterRegister  Log inLog in  

 

 Pelajar Cemerlang

Go down 
AuthorMessage
HoNeY
Moderator
Moderator
HoNeY


Gender : Female Pisces Posts : 19
Reputation : 0
Birthday : 15/03/1982
Join date : 16/07/2009
Age : 42
Location : JoHoR

Pelajar Cemerlang Empty
PostSubject: Pelajar Cemerlang   Pelajar Cemerlang EmptyThu Jul 16, 2009 5:34 pm

Pelajar Cemerlang Mado


Hidup tanpa peralatan canggih dan kemudahan sempurna bukan penghalang untuk seseorang menempa kejayaan. Malah kesukaran dan kekurangan itulah yang menjadi pendorong kepada usaha untuk mengubah nasib ke tahap lebih baik sambil membahagiakan ibu bapa.Siapa sangka rumah yang kelihatan hampir roboh ini menyimpan sebutir permata berharga yang bakal menyinar suatu hari nanti.Bahkan tidak seorang juga yang terfikir bahawa permata yang berlindung di rumah ini telah mencipta sejarah dengan memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan kelmarin.
Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, 18, mencatat keputusan cemerlang 19 A1 dan satu A2. Kejayaan pelajar dari Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu, Kelantan ini agak istimewa kerana dia adalah anak seorang nelayan berbanding pelajar cemerlang SPM sebelum ini yang datang dari keluarga yang agak senang.Dia yang pernah menjadi antara pelajar terbaik peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) peringkat kebangsaan 2006, bertukar menjadi selebriti sekelip mata kerana kecemerlangannya itu.
Malah wartawan yang berpusu-pusu untuk menemubualnya terpaksa menunggu giliran untuk memasuki rumah yang disewa bapanya dengan harga RM90 sebulan kerana ia terlalu sempit dan agak uzur. Rumah kecil itu menjadi gambaran kehidupan sukar mereka sekeluarga malah bilik kecil yang dilindungi almari di ruang tamu yang menjadi tempatnya untuk berehat manakala ruang tamu yang mampu memuatkan kira-kira empat orang itu menjadi bilik belajar tetapnya pada setiap hari.

p/s Kagum dengan kecekalan Nik Nur Madihah Menharungi kehidupan ini dengan kehidupan yang serba kekurangan tetapi disebalik kekurangan itu,ada Sinaran Yang Terselindung Yang Akan Menerangi Kehidupan Keluarga Mereka...Buat Adik2 Yang Diluar sana,Jangan Menganggap Kesenangan dalam kehidupan merupakan kejayaaan yang akan kekal lama,manakala Kesusahan yang dilalui merupakan satu punca kejatuahan...Contohilah semangat Adik Nik Nur Madihah......Semoga Nik Nur Madihah Akan terus menyinar demi mengubah dan kebahagiaan keluarga beliau....Tahniah Sekali lagi
Back to top Go down
http://rnizasulaiman.blogspot.com
 
Pelajar Cemerlang
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Komuniti CeriaChat.Net & MayaChat.Net :: ::: Kaunseling & Permasalahan Hati ::: :: ::: Motivasi Pelajar :::-
Jump to: